31 Dec 2020.....

tatkala ini hari terakhir tahun 2020 bersamaku kan pergi jua meninggalkan ku,

tiada yang kekal abadi hanyalah memori ngeri bukanlah sekadar mimpi dimalam hari hatta disiang hari sekalipun, seperti tahun-tahun yang lalu....puas sudah kulalui tidak terperi liku-liku beronak duri siapalah yang tahu didalam hati bagai menunggu di hari mati...

Dan esok moga tahun 2021 memberi erti akan kehidupan ini, umpama menyinari cahaya jalanku menyuluh kehidupan yang lebih bermakna , tiada lagi mimpi ngeri dalamku meniti hari hingga akhir nanti....

aku adalah aku manusia seperti manusia lain cuma beza adalah perbezaan diantara kita yang mungkin menjadi special pada manusia lain dan mungkin menjadi ordinary pada manusia lain .


aku yang kau ......?

suntikan thypoid / suntikan pengendali makanan

bermulalah status aku  sebagai minah kilang, dimana aku diberikan jawatan sebagai operator pembersihan sarang burung walit di subang jaya, selangor. gaji yang ado jer,  keje pun 5hari setengah , keje pulak  xseberapa,  setakat buang bulu besar & bulu halus (bayangkan bulu roma ko cabut pakai twezzer je) apalah sgat, tp krem gak lah jari jemari aku  yg lentik liuk ni kena air ngan aircond lg,
(aku mmg xtahan sejuk2 apalg nak keje kilg ice cream/frozen).

Opss...tp itu cite beberapa thun yg lepas, bukan itupun yg aku nak citekan,hehe...

yg aku nak citekan skang ni , cite suntik tyhpoid hari ni (10 aug 2019) aku gi suntik kt klinik alam medic usj 1, 
ala.... kt area damen mall shopping centre tu... tmpat yg aku pernah jtuh moto dulu tu,
ok.... skang ni aku yg mabuk ker, klinik tu yg mabuk ker, atau petugas tu yg mabuk....hhahahah.....

tujuan aku nak buat refer dan pengesahan yg aku pernah buat thypoid sebelum ni kt klinik ni memandangkan kilang sarang burung yg aku keje dulu  tu dah tutup & lost contact,  jd dlm fikiran aku, samada buat suntikan baru atau pihak klinik keluarkan salinan surat pengesahan suntikan thypoid yg aku pernah buat dulu..

ok... nak dipendekkan cite , dah bg ic sume , dah check sume, dah sembang, bla...bla..., petugas tu kata injection dulu Dec 2017 dah expired, kena injek semula, sebab tempoh injek utk pengendali makanan 3 thun jer, ermmm..... sambil berfikir aku mengira  Dec 2017 hingga Dec 2020 baru ckup 3thun kan? 
jadi aku ada tempoh lglah dlm setahun beberapa bulan kan?
tgh aku dok mengira sambil menahan ketawa, petugas klinik tu tanya aku nak buat injection tak?

so, aku jwb kena tanya en.din dulu (agent tmpat kerja baru)  boleh claim tak, manalah tau kena pakai klinik panel, baru boleh claim, then akupun buatlah injection baru.....walaupun aku tau ada tempoh lg beberapa bulan lg,
sbb nak dptkan surat sutikan dan resit suntikan tyhpoid tu.... akupun dah byk kali tanya kt petugas tu ngan doctor yg injek aku ,cofirm ker dah expired , xada kesan sampingan ker double injek mean overdos lah....

xada masalah apa, dan  xper kata nyer, akupun xperkan jerlah , akupun xada alergic atau alahan pada ubat-ubatan, makanan ker apa-apa ker, tp aku alah / alergic pakai aksesori hari2, hahhaha....
pada hari2 tertentu, majlis tertentu jer aku berhias, hehe...

dan setelah dishortcutkan dan dishort-termkan lg cite, maka ter"print out"lah surat suntikan dan resit yg akan aku serahkan pada en.din 14hb Aug 2019 ni, lgpun aku mls nak kesana kemari lari2 mencari air....  dan aku pun tanya lg buat kali yg terakhir kt petugas kaunter tu," cofirm ker dah  expired", hhahhah....lalu aku pun  beredar dari situ ....

surat suntikan

                       
resit 

                                        










wakakkakaka.....bermulalah  alkisahnya.....kerjaya minah kilang kt kilg kuih mak ko...bukan mak aku....hahahhaha.....
14hb aug 2019 keje baru kt kilg bakery seksyen 15 shah alam pulak.....klu aku boleh keje lama kt kilg ni, nnti aku nak tukar place and position, sbb  syarikat ni xada cwgan kilg tp ada byk  cwgan outlet, so.... makna nya aku fhmlahkan.... hahhahah....
jd sapa yg xfhm ngan penulisan aku, sila sign kt bwh, kih2


Maizatul
Universiti Oxford Jln Lebuh Ampang






Riwayat Cinta
Ziana Zain

Kau mengancam kebahagiaanku
Yang kita bina bersama
Waktu dahulu cinta hangat membakar
Kau tinggalkan diri ini
Dalam pelukan malam
Yang tak bermaya
Beginikah akhirnya?
Kekasih, biar
Kutelan pahit bagaikan hempedu
Kerana cinta
Segar mewanginya oh cintamu
Kekasih, bila
Kuluah manis bagaikan bermadu
Riwayat cinta akan bersinar
Untuk selamanya
Kaulah yang pertama dalam hati
Beginikah akhirnya?
Walaupun badai datang melanda
Akan kuteruskan pelayaran
Cintaku
Kekasih, biar
Kutelan pahit bagaikan hempedu
Kerana cinta
Segar mewanginya oh cintamu
Kekasih, bila
Kuluah manis bagaikan bermadu
Riwayat cinta

Azlan - Melankoli #AkustikaAMKrew

Mcm dia tapi bukan dia...sama tapi x serupa...
dia ni mengingatkan aku dekat man... :( erm...tapi lagu ni memang bestlah kat halwa telinga aku :)

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI DALAM FILEM P. RAMLEE

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang....Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.
Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun
Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.
Pertaruhan...perjudian..dah tentu ada taukehnya..
Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha.....

p/s : beza zaman & situasi jer... :)
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme