Lori sampah VS Mercedes Benz

Ada benda kita rasa busuk tapi sangat harum di sisi ALLAH.....kerana halal.

Bila lalu sebelah lori sampah, terus je tutup hidung, "ish, kotorla depa ni!"

Bila lalu sebelah Mercedes Benz, "Wah, hebatnya pemandu ni? Kelassss!"

Padahal, yang naik lori sampah tu, duit daripada rezeki itu dibawa pulang dan dibelinya makanan bagi isteri dan anak-anak.

Padahal, yang naik Mercedes Benz itu sebenarnya beli kereta daripada hasil wang judi, rasuah, rompak, menipu, sundal dsb.

Bukan nak kata semua yang bawak Mers tu hasil duit tak halal, cuma nak kata:

"Ucaplah terima kasih kat pakcik yang tolong tolong kutip sampah, makcik makcik cleaner yang tolong tolong cuci bilik air, kutip kutip pinggan kat cafe. Tanpa mereka, siapalah kita untuk hidup selesa?"

Jangan sombong!
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme