Manipulasi bisnes MLM

Multi Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’. Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’




#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM.

Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut. Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.

Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk. Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.

Selain itu, ada segelintir syarikat MLM yang terang-terangan melakukan aktiviti ‘money game’.Bagaimanakah ia dijalankan? Syarikat jenis ini lazimnya menyediakan 2 bentuk pelan pemasaran. Sebagai contoh, satu pelan A dan satu lagi pelan B. Pelan A fokus kepada merekrut ejen-ejen baru di bawah dan dibayar komisyen atas setiap rekrut. Pelan A ini adalah pelan pemasaran biasa yang diamalkan di dalam semua syarikat MLM.

Di sebalik pelan A, syarikat ini juga mengaktifkan pelan B di mana ditawarkan pelaburan berkonsepkan ‘goyang kaki dapat duit’. Peserta yang menyertai pelan B ini ditawarkan pulangan tertentu setiap bulan bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat. Biasanya dalam lingkungan 5% hingga 20% setiap bulan.

Fokus utama syarikat ini sebenarnya untuk mengaut keuntungan daripada ‘money game’ pelan B. Tiada cara lain yang diguna pakai oleh mereka melainkan duit pelaburan orang baru digunakan untuk membayar pulangan pelaburan orang lama. Cara yang biasa diamalkan oleh penganjur skim cepat kaya yang lain. Pelan A itu pula sengaja dibuat-dibuat untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan lesen MLM.

#2. Manipulasi leader MLM.

Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.

Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak. Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000. Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.

Hakikatnya, majoriti ahli yang membuat pembelian pukal tersebut banyak bonusnya di bulan pertama sahaja. Bulan kedua dan seterusnya merosot atau tiada langsung. Bonus kelihatan banyak di atas cek sahaja, selepas ditolak kos pembelian pukal, sebenarnya tidak balik modal.

Maka lahir ramai leader-leader MLM ‘berkereta mewah tetapi tayarnya botak.’

Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah. Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!

p/s : aku dah lama nak story pasal benda ni,tp aku xtau nak menulis, akhirnya aku jumpa gak kebenaranya,ermm..selalunya org kita suka sgat buat benda2 mcm ni,dah terjerat pastu nak jerat lak bangsa sendiri, keluarga n kawan2, pastu nak "umpan" lg wlaupun diri dah tersepit, kalau korang nak more story, boleh msuk link kt bawah ni, sebab aku cuma ada pengalaman tidak berjaya di"umpan" oleh mereka yg bertopeng, heheheh...ingat aku heran sgatz ngan materialistik tu semua kerrr...

sumber petikan ;
http://www.majalahniaga.com/manipulasi-bisnes-mlm-skim-cepat-kaya.html
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme