Lelaki oh lelaki!!
Lelaki adalah makhluk yang sangat simple tapi penuh dengan ego. Ramai wanita beranggapan lelaki hanya menitik beratkan paras rupa wanita. Sebenarnya ia adalah salah! Kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan lelaki itu jatuh cinta pada seseorang wanita.
Untuk pengetahuan anda, jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Kecantikan hanyalah satu bonus bagi lelaki. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada daripada segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.